Tuesday, August 11, 2009

Semakin berat...

Sudah sebulan sem baru bermula, kelas berjalan lancar, cuma proposal masih a little bit slow... Oh Tuhan, mungkin ini lah pengertian dari setiap luahan hati teman2 yang sdg persue Ph.D dulu...ketika itu aku hanya mampu mendengar dan cuba memahami segala rasa yang mereka sharing dgn ku, namun tetap tdk dpt aku rasa sebagaimana aku merasanya kini. Baru sekarang aku tahu ianya berat dan sangat berat. Mudah2an ya Allah segala kesulitan ini dapat kuatasi, dan meneruskan juga walau setapak demi setapak.

Sesekali aku pejam mata membayangkan saat indah melangkah menerima scroll Ph.D...hanya Tuhan yang tahu betapa berertinya saat indah itu nnt buat aku, kerana bukan sedikit pengorbanan aziz & hubby menjalani hari2 Ph.D ku ini. Mudah2an ya Allah saat itu akan menjadi kenyataan juga, dan segala pengorbanan orang2 tersayang ku mendampingi saat susah dan senang ku selama tempoh perjuangan ini, akan mendapat sebesar2 ganjaran dari Mu.

Saat ini aku teringat kata2 Prof. Zul, whatever happens on your way, don't give up. Mesti selesaikan juga, dan tetap teguh hati, kita mungkin penat ye silakan rehat, tapi jgn sekali2 berhenti dan mesti teruskan perjalan hingga ke akhirnya. Oh Tuhan, mudah2an aku mampu mendepani semua ini.

Monday, June 22, 2009

New Baby Sitter

Hari ni dah masuk separuh bulan aziz dijaga olh Kak Ani, alhamdulillah setakat ni aziz dah makin getting used to his new baby sitter, hopefully bila aku dah start kuliah nnt hati aku blh tenang utk focus kpd study & proposal.

Hmmm sem depan sangat bermakna dlm perjalanan study ku, kerana hubby jg akan mulai Ph.D nya...huiii kena lbh rajin lah aku agar tak kalah dgn hubby :]alhamdulillah akhirnya cita2 hubby dah berjalan spt yg dirancang, mudah2an kami mampu melakukan yang terbaik dlm study dan semua tanggungjawab kami yang lain.

renovation

Hujung minggu ni 2 kali p carre4 cari curtain utk my study room, unfortunately tak jumpa lagi...so kena survey lagi minggu ni may be p jakel mudah2an ada yang cantik dan berpatutan. Mudah2an aura baru nnt slp siap renovation akn membantu aku struggle and have passion to study & read materials...Ya Allah give me strength and will power to focus on my task. give me patience to fight my weaknesses and give me lights to see the bright path...Ya Allah bagi lah kekuatan utk jmpa Dr.Israr n Dr.Radwan esk, mudah2an ada barakah yang mencetus idea...amiin.

Thursday, June 11, 2009

No no no

My little aziz tgh membesar dgn penuh ceria, setiap hari bersamanya adalah saat2 terindah dan manis... semalam masa abahnya tengah isi angin tayar keta, dia tekan hon, aku terus cakap aziz no no no!!! spontan dia repeat semula apa yg aku ckp tu, ya Allah cepat sekali dia tangkap suku kata tersebut. Aku tersenyum dan rasa lucu sangat melihat keletahnya yg selalu senyum :)

Alhamdulillah sempat juga sem break ni aku balik kg, ye walaupun sekejap sgt bermakna dan berharga padaku dan juga mak serta adik2. Aziz tak blh dipegang mak sehinggalah mlm kedua tidur di sana baru dia mula nak bergurau dgn mak, hepi sgt mak cucunya dah pandai cium dan selalu ketawa kalau diajak bermain..

Mak muda juga dah selamat naik rumah barunya, tinggal dgn mak su dan 2 anaknya. Alhamdulillah walaupun rumahnya sederhana tapi sudah cukup selesa dan nyaman dlm suasana kampung. Dlm hati aku berdoa moga setahun dua ini kami dimurahkan rezeki dan boleh beli rumah juga kat sini, kalau tgk space tanah di kg jealous jdnya, belakang depan kiri kanan tanah masih luas...itu lah rezeki buat rumah di kg space halaman luas dan lapang.

Pulang rumah jumpa hubby, ya Allah rindu sangat macam dah lama tak jumpa, aziz apa lagi terus2an nak digendong abahnya.First time aku dan aziz balik kg sendiri, jadi terasa tak best hubby tak ikut...

Well, sekarang dah sampai masanya utk aku kembali beruzlah dgn dunia study ku, mudah2an Allah jernihkan hati sehingga terbuka segala pintu dan petunjuk utk aku belajar, menulis, dan menyelesaikan Ph.D ku. Amiin...

Thursday, June 4, 2009

Gulong Ng Palad

Inilah drama Philippine yang tgh disiarkan di tv2 11.30-12.30tgh hari. Mulanya i'm not interested to watch it, tapi sejak tertengok semalam, eh best juga ceritanya. Basically, tema ceritanya biasa sahaja, kisah cinta 2 darjat, yg perempuan dr keluarga miskin yg lelaki dari keluarga kaya. tapi, yang jadi best utk tgk drama ni ialah script and dialog berkesan, kiranya mereka bercakap ada pelbagai unsur yang munasabah dan bunyi 'real'. vokal pelakonnya juga mantap, ditambah lagi main characters nya cantik/handsome dan pelakon2 sampingan juga berjaya menghidupkan peranan masing2 dgn bersahaja dan expressions mrk menarik response kita. make-up nya juga sederhana saje, tak de lah pakai2 bulu mata palsu atau rambut palsu.... ye nampak real lah that's the real life bukan drama yang membosankan.

semoga drama melayu juga blh kelihatan best dan interesting mcm drama luar juga, krn kesan budaya dari pentas lakonan seperti itu jika digarap dgn betul ada nilai positif yang blh disalurkan kpd masyarakat.

hmmm kalau cerita melayu setakat ini, dlm sesebuah drama tu hanya satu dua watak je yang 'hidup dan bersahaja'. selebihnya sekadar asal jadi cerita je....boleh la kalau nak layan mata + 'jgn ketawa' bila tak de kerja nak buat...heheee bukan menjatuhkan tapi respon yg ikhlas ;]

Saturday, May 30, 2009

Hepi Belated Besday Alesya :)

semalam kami p bday party alesya syafika, she was born on 10th may 2008, 4 months younger than aziz...cepat masa berlalu anak2 kami dah cukup setahun, alhamdulillah...congratulations to saiful & wani! aku masih ingat lagi waktu aku 2 bulan pregnant ke aziz, ma wani mcm sayu je cakap emmm wani blm ada lagi, aku ckp tak pe mak cik dia masih muda insyaAllah ada rezeki blh juga. ehh tgk2 aku masuk 4 bulan dia betul2 pregnant, hepi sangat adik aku masa bagi tau wifenya pregnant. aku juga tumpang gembira, ye akhirnya adikku yg mmg terkenal nakal tu cepat juga dpt anak, ye masih muda 21 tahun...Alhamdulillah, mengenangkan ini semua aku bersyukur dan berterima kasih pada mak, yang telah melakukan segala2nya utk kami semua, mak yg selalu percayakan InsyaAllah everything goes on smoothly, just believe in Him, give our hearts to Him and He will make things get better, alhamdulillah...

masih2 terbayang2 wajah comel alesya yg tersenyum simpul, eh lucu dan cute sangat:) ketika tu tiba2 aku terlihat wajah arwah ayah, senyum juga...Oh Tuhan seandainya arwah ayah ku menyaksikan detik2 ini semua pasti bangga dan bahagia juga, ye saiful anak kesayangan ayah dicium dan dicium selalu semasa kecilnya, tapi ketika membesar mak lah yang byk menadah tangan pada Tuhan menghadapi setiap satu anak2nya kerana ketika ayah kembali ke sisiNya kami baru menginjak usia remaja...

Mudah2an aku dapat memiliki tempias sifat2 mulia yang ada pada mak, sedikit sahaja pun cukup lah kerana tak terjangkau akal budiku, sehingga kini aku masih selalu terfikirkan setiap satu kebaikan hati budi mak...ohhh alangkah indahnya cantuman nama mu...Aisyah Muhamad...semoga mak dan ayah akan bersatu lagi di sana amiiin...

Tuesday, May 26, 2009

Peace...

aku terbaca sebuah quotation "the secret of finding peace is to go with the flow of life rather than against it". bila fikiran ku kosong dari memikirkan apa2 aku rasa bebas lepas dan rehat...tapi tak blh biar lama2 mcm tu kerana jd error pula. dlm cuti sem ni aku blm baca buku lagi, ya Allah rasa tak patut sangat...something that i love to do is reading and sitting alone in the library, kat situ aku rasa i'm at peace. dan bila sedih serta lost direction the best thing to do is talk to Him, ask His Love, Mercy and Guidance...and He always listens and gives me strength to go on... and mother, my best friend who always touched my heart with her soft advices and love...yes i need to see her and seek spiritual words from her.
Mudah2an my passion to study come back soon!

Monday, May 25, 2009

Dream house

rindunya pada blog ku ini ...sekian lama tak menulis, bz main dgn aziz ;] sekadar catatan: 1may- 9 may 2009, we went to jakarta, alhamdulillah aziz hepi di sana. unfortunately i got a very bad diarrhoea for 4 days... sampai KL pun terus2an selama 4 hari lagi...hehee really like a slimming regime ni :)

cerita hari ni, pagi tadi temankan dr.Israr n wife survey rumah sekitar bangi, semenyih and kajang. the last show house that we went have became my dream house. masya Allah spacious and comfortable house. nak kata design menarik biasa2 je cuma compare to other houses yg pernah kami survey kecil dan bilik2nya tak menepati citarasaku...chewaahh citarasa ;) hmmm di KL ni payah lah sikit nak mimpi rumah indah sebesar gedung dgn artistic design, yang harganya kurang dari RM1m, maklumlah developer jual rumah sekadar 'kotak' yang asal siap pasti laku punya...hmmmm mengeluh panjang aku tadi... ye dgn harga rm1juta mcm mana ye nak memilikinya? senyum jelah ;)

kata dr. isarar, melangkah masuk ke dlm rumah tadi kita jadi terlupa sekejap dunia di luar , ye betapa indahnya menikmati kemewahan dan keselesaan dlm rumah tersebut...haiiii tak kerja buat lah aku, tidoooo je agaknya ;)

ohhh dunia dunia... sangat indah utk bermimpi dan terus mengejarnya... semakin dikejar semakin menari2 dia dgn segala godaan dan kepalsuan...akhirnya, kalau tak sentiasa dikuatkan dgn rasa takut ditipudaya, pasti tertipu daya olehnya....akhirnya diri menjadi jauh dan semakin jauh dari Tuhan. nauzubillahi min za lik.

apa pun, my dream house is a house that blossoms with love and iman...that's all.