Tuesday, August 11, 2009

Semakin berat...

Sudah sebulan sem baru bermula, kelas berjalan lancar, cuma proposal masih a little bit slow... Oh Tuhan, mungkin ini lah pengertian dari setiap luahan hati teman2 yang sdg persue Ph.D dulu...ketika itu aku hanya mampu mendengar dan cuba memahami segala rasa yang mereka sharing dgn ku, namun tetap tdk dpt aku rasa sebagaimana aku merasanya kini. Baru sekarang aku tahu ianya berat dan sangat berat. Mudah2an ya Allah segala kesulitan ini dapat kuatasi, dan meneruskan juga walau setapak demi setapak.

Sesekali aku pejam mata membayangkan saat indah melangkah menerima scroll Ph.D...hanya Tuhan yang tahu betapa berertinya saat indah itu nnt buat aku, kerana bukan sedikit pengorbanan aziz & hubby menjalani hari2 Ph.D ku ini. Mudah2an ya Allah saat itu akan menjadi kenyataan juga, dan segala pengorbanan orang2 tersayang ku mendampingi saat susah dan senang ku selama tempoh perjuangan ini, akan mendapat sebesar2 ganjaran dari Mu.

Saat ini aku teringat kata2 Prof. Zul, whatever happens on your way, don't give up. Mesti selesaikan juga, dan tetap teguh hati, kita mungkin penat ye silakan rehat, tapi jgn sekali2 berhenti dan mesti teruskan perjalan hingga ke akhirnya. Oh Tuhan, mudah2an aku mampu mendepani semua ini.